Sahabat ku


widget

Monday, February 6, 2012

TERAPI ...

Terapi Dalam Pendidikan Khas

Definisi terapi
•Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaanbertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
‘usaha untuk memulihkan kesihatan orang yang sedang sakit’

Keperluan terapi utk murid PK
•Kesediaan utk belajar dr segi mental,fizikal,emosi dan sosialisasi
•Ketahanan diri utk belajar/bekerja dlm jangka masa yg lama
•Sebagai motivasi kpd murid
•Membina konsep kendiri
•Merangsang pengalian darah dan oksigen
•Meningkatkan komunikas

Kepentingan terapi
•Meningkatkan kemahiran pengamatan (pendengaran dan penglihatan)
•Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid.
•Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri.
•Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
•Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
•Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
•Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
•Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.

Jenis terapi
•Fisio
•Cara kerja
•Pertuturan
•Muzik dan nyanyian
•Seni visual
•Hidro
•Pergerakan kreatif 
•Main
•Alternatif 
○Aroma
○Herba
○Ozon
○Floortime
○Pasir 
○Haiwan
○Snoozel dan Proses terapi
•Asessment/penilaian keperluan
•Perancangan tujuan/hasil
•Rawatan
•Penilaian progres
Terapi Fisio
•Dilakukan utk membantu kembangkan kemampuan motor kasar.
•Membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya.
•Meliputi otot-otot besar pada badan. (bejalan,berlari,melompat,menendang)
•Tumpuan utama -pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerakdengan baik
•Aktiviti fisio terapi ( menggunakan alatan :bola )
○Berlari ke arah bola
○Melantun bola ke lantai
○Membaling bola
○Menyambut bola
○Menggelek bola guna kaki

Terapi Cara Kerja

•Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik
•Kemampuan sesorang utk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada
•Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan/kecacatan keatas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur 
•Aktiviti yg boleh dibuat:-

○Menulis
○Melukis
○Menggunting dan menampal
○Membutang baju
○Mengikat tali kasut
○Melipat baju
○Membuat rantai manik

Terapi Pertuturan
•Dilakukan utk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik
•Masalah dalam menghasilkan bunyi dan ketidakupayaan memahamiatau membina ayat utk memberi idea.
•Dilakukan kepada:-
○Kanak-kanak lewat pertuturan(speech delay)
○Bibir /lelangit sumbing
○Kanak-kanak dgn masalah pertuturan khusus(autisma,CP,down syndrom)
○Gagap dan sengau
○Pesakit stroke
•Punca masalah
○Masalah pendengaran
○Kognitif(daya pemikiran)/ lewat perkembangan
○Otot lisan lemah
○Kecacatan masa lahir 
○Masalah pernafasan
○Kecederaan otak
○Masalah dalam proses penelan makanan
•Strategi pemulihan
○Aktiviti intervensi bahasa
○Terapi artikulasi
○Terapi motor lisan
•Aktiviti yang boleh dilakukan
○Menggerakkan lidah (atas,bawah,kiri,kanan)
○Membunyikan vokal dengan panjang
○Aktiviti senaman muka dan mulut: menguap,mengunyah(tengah,kiri,kanan)
○Meniup belon
○Meniup warna air pd kertas guna straw
○Tiup bola pingpong dlm bekas berisi air 
○“Tounge twister’

Terapi Muzik Dan Nyanyian
•Menggunakan muzik utk pemulihan,pemeliharaan, dan peningkatan teraf kesihatan mental dan fizikal
•Perubahan dr segi kognitif,sosial dan emosi dpt dicapai dengan teknik tertentu
•Objektif terapi
○Pengurusan T/L
○Tingkatkn penglahiran perasaan
○Tingkatkan harga diri
○Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
○Kembangkan emosi
○Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
○Latih pertuturan
•Aktiviti terapi muzik
○Membuat pergerakan mengikut lagu
○Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )
○Bermain berlatar belakangkan muzik
○Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik
○Latihan praktikal guna alat bunyian

Terapi Seni Visual
•Menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk
Kepentingan –
○Menyelesaikan konflik emosi
○Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
○Membina kemahiran sosial
○Mengubah tingkah laku
○Membina strategi penyelesaian masalah
○Meningkatkan kemahirn penguasaan hidup
•Memperbaiki kognitif, sosial, dan kemahiran interpersonal dan memperbaiki kepuasan diri.
•Aktiviti yang boleh dilakukan
○Catan
○Kolaj dan asemblaj
○Reka bentuk
○Anyaman
○Kraftangan
○Pengubahsuaian alat utk jadikan benda lain

Terapi Hidro
•Menggunakan air sebagai medium semulajadi utk meringankan/mengubah keadaan sediaada kpd yg lebih baik
•Dilakukan dlm 3 bentuk ( padat ’ketulan ais’,cecair,wap)
•Sesuai utk perkembangan fizikal, pergerakan motor kasar&halus serta mental
•Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dlm air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit
•Elemen penting dlm terapi hidro
○Keselamatan di air 
○Apungan
○Berenang
○Pernafasan
•Faedah terapi hidro
○Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahanan badan
○Air sejuk dapat mengurangkan radang
○Merawat masalah pernafasan
○Memberikan keyakinan dan motivasi
○Merangsang pergerakan
○Mengurangkan ketegangan otot
○Meningkatkan kecergasan kardiovaskular 
•Langkah keselamatan
○Aktiviti regangan sebelum masuk ke air 
○Pastikan paras air yg sesuai utk murid
○Alatan yang sesuai digunakan
○Pakaian yang sesuai
○Kawalan guru yang lebih
•Aktiviti yang boleh dilakukan
○Regangan dan pemanasan badan.
○Penyesuaian diri dengan air.
○Membina keyakinan diri.
○Menguatkan motor kasar(kaki).
○Kawalan Pernafasan.
○Kayuhan kaki dan imbangan.
○Berjalan di dalam air dan apungan.
○Berjalan sambil menguak tangan.

Terapi Pergerakan Kreatif 
•Membantu kanak-kanak meningkatkan perkembangan menyeluruh mereka
•Memberi tumpuan kepada penggunaan sepenuhnya pancaindera yang memberi peluang kpd kanak-kanak utk menerokapersekitarannya secara semulajadi
•Melalui pengalaman kinestatik yg diperolehi, kanak-kanak akn memperolehi pengalaman dan pembelajaran yang lebihmenyeronokkan.
•Antara aktiviti yg boleh dilakukan
○Gimrama
○Tarian moden
○Tarian tradisional
○Pergerakan berkumpulan dan berpasangan ( cap kali cap)
○Tiru gaya haiwan bergerak

Terapi Main
Membantu murid menunjukkan komitmen/kesungguhan dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan
•Kanak-kanak secara aktif memaparkan dunia sebenar imaginasi mereka
•Penerokaan wujud semasa bermain yang melahirkan pengalaman baru
•Tujuan terapi main
○Mengurangkan masalah T/L dan emosi
○Meningkatkan komunikasi, persefahaman dan ekspresi verbal
○Mampu menilai diri sendiri
○Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
○Merawat gangguan perkembangan normal
•Perbezaan terapi main dengan bermain. Terapi main :
○Mempunyai objektif yang ditetapkan
○Mempunyai perancangan awal
○Mempunyai kawalan spesifik
○Menggunakan alatan tertentu untuk mencapai objektif 
○Mengikut masa yang telah ditetapkanTerapi alternatif 
•Aroma terapi
•Terapi herba
•Terapi ozon
•Terapi floortime
•Terapi pasir 
•Terapi haiwan
•Terapi snoozeland

Aroma Terapi
•Dapat mengurangkan stres, menenangkan fikiran dan membangkitkan semangat dan ghairah.
•Dipercayai dapat membersihkan racun/toksid dalam tubuh
•Jenis dan manfaat aroma terapi
○Citronella – kurangkan ketegangan,meredakan hidung tersumbat
○Lavender – memudahkan tidur,meredakan kegelisahan
○Teh hijau – perbaiki sistem peredaran darah,membersihkan paru-paru
○Rose – baiki metabolisma dan sistem peredaran darah,seimbangkan hormon
○Green apple – menyembuhkan mabuk,menguatkan sistem pencernaan
○Lemon kurangkan stress dan anti depresi, meningkatkan mood


Terapi Herba
•Herba adalah segala bahan ( tumbuhan,haiwan,ikan,garam/batuan) yang mengandungi satuatau beberapa bahan aktif yang dapat digunakan utk tujuan pengubatan.
•Mengembalikan keseimbangan tubuh dan bukan sekadar utk sembuhkan penyakit
•Dilakukan secara sinergi (tidak berasingan,diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza dr herba yg telahdigunakan)
•Tujuan dilakukan sinergi
○cepatkan penyembuhan
○tambah khasiat ubat
○kurangkan sifat kekuatan ubat
○hilangkan efek sampingan
•proses terapi herba
Release(mengeluarkan)
– racun dan toksid dikeluarkan dr badan
Relax(merehatkan)
– badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil,alkali dan asid dlm tahap paling baikagar dpt bantu sistem imunisasi.
Regeneration(pembinaan semula)
– ganti sel-sel yang mati dengan baru
Refunction(mengembalikan fungsi)
– organ kembali berfungsi secara normal

Terapi Ozon
•Dikenalpasti sebagai satu terapi yg amat selamat tanpa kesan sampingan
•Berguna utk tujuan pencegahan pelbagai penyakit
•Awalnya digunakan utk merawat luka yang dijangkiti kanser 
•Medical ozon iaitu campuran ozon dan hidrogen yang dihasilkan dlm bentuk gas digunakan.
•Menghapuskan pelbagai virus,yis,fugus dan protozoa
•Tujuan terapi ozon
○Tingkatkan pertahanan badan
○Bersihkan darah
○Normalkan proses penghasilan hormon dan enzim
○Kurangkan keradangan
○Menenangkan sistem saraf 
○Memberhentikan pendarahan

Terapi Floortime
•Menggunakan segala keupayaan kanak-kanak menerusi interaksi yang dirancang sesuai dengan sistem saraf kanak-kanakdalam suasana yang menyeronokkan
•Mengikut kehendak dan kegemaran kanak-kanak
•Boleh dilaksanakan oleh ibu bapa/individu dengan pengalaman yang minima dan menyeronokkan
•Kanak-kanak dapat meningkatkan dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang dewasa yang berinteraksidengan mereka
•6 peringkat asas perkembangan:
○Self regulation and interest in the world
○Intimacy or a special love for the world of human relation
○Komunikasi 2 hala
○Komunikasi kompleks
○Emotional idea
○Emotional thinking

Terapi Pasir 
•memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan
•penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks
•pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebihfokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan
•pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama adamarah, benci, sayang dan sebagainya.
•Tujuan terapi pasir 
○Melatih daya kreativiti kanak-kanak
○Menghilangkan rasa marah
○Percaya kepada diri sendiri utk mencipta sesuatu
○Meningkatkan keyakinan diri
○Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

Terapi Haiwan
•Haiwan peliharaan yang terdiri daripada binatang seperti kucing, anjing, burung, ikan, kuda biasanya digunakan dalamterapi ini.
•Membantu dalam masalah psikologi, mental, emosional, lemah fizikal, kemampuan berbahasa dan bertutur serta autisme.( terapi berkuda)
•Tujuan terapi haiwan
○Melatih rasa tanggung jawab dan kasih sayang
○Mengurangkan kadar kemarahan
○Tingkatkan semangat dan belaian kasih sayang
○Melatih kawalan emosi diri
○Melatih sifat berdikari dan memotivasi diri sendiri
○Tingkatkan tahap komunikasi

Terapi Snoozeland
•Terapi stimulasi multisensori(visual,auditori,taktile,pembauan) yang digunakan utk kanak-kanak masalah mental,autisma,cedera otak dan masalah perkembangan fizikal
•Dirancang utk memberi stimulus pada berbagai pancaindera dengan menggunakan efek lampu,suara,muzik,bau dll.
•Suasana utk terapi ini mestilah kondusif,tenang,rekreasional dan tidak mengancam
•Dapat membina kawalan diri yang lebih baik, peningkatan rasa percaya kepada diri dan mengurangkan stress.
•Aktiviti yg boleh dijalankan
○Berbaring,bermain dan memeluk bantal
○Menikmati buaian
○Dengar muzik instrumental
○Buat suara lucu dgn alat khusus
○Bermain dgn tangga/cermin
○Perhatikan pola lampu berkelip-kelip
○Menyelam di kolam mandi



1 comment:

  1. salam cikgu...blog yg kemas dan enarik..
    jemput ke blog saya,
    http://permatapendidik.blogspot.com/

    ReplyDelete

Popular Posts