Sahabat ku


widget

Saturday, November 5, 2011

Kemahiran Hidup (Masakan)

masakan sarapan pagi. 

Objektif pengajaran guru:

i. Murid mengetahui nama dan kegunaan alatan dan kelengkapan dapur untuk memasak ubi kentang

ii. Murid mengetahui amalan keselamatan dan kebersihan didapur.

iii. Murid mengetahui mengenai ubi kentang dan masakan yang berasaskan ubi kentang.

iv. Murid mengetahui kaedah-kaedah memasak ubi kentang.

v. Murid boleh menyedia, memasak, menghias, menyaji masakan berasaskan ubi kentang iaitu salad ubi kentang

Pengenalan
Ubi kentang merupakan salah satu tanaman makanan yang penting didunia. Ia merupakan tanaman keempat yang paling banyak ditanam didunia selepas gandum, padi dan jagung . Warna kulitnya ada yang putih, merah jambu, ungu atau biru merah, perang, jingga atau hitam. Isi ubi kentang kadangkala berwarna seperti jenis black Congo atau Red Cardinal.


Sejarah ubi kentang

Sejak 5000 tahun yang lalu, ubi kentang telah mula di tanam di pergunungan Andales, Peru di Amerika Selatan. Pada abad ke 16 pengembara Sepanyol telah membawa ubi kentang dari Empayar Inca ke Sepanyol.  Dari Sepanyol ubi kentang secara beransur-ansur telah ditanam di Itali dan akhirnya ke seluruh Eropah.

Khasiat Ubi Kentang.

Zat dan nutrisi yang terkandung dalam ubi kentang ialah:

i.   Ubi kentang kaya dengan vitamin.
ii.  Ubi kentang mengandungi protin.
iii. Ubi kentang kaya dengan mineral.
iv. Ubi kentang rendah kandungan kalori.
v.  Ubi kentang kaya dengan karbohidrat.
vi. Ubi kentang berzat dan mudah dicerna.

Peralatan Dapur Untuk Menyediakan dan Memasak Ubi Kentang:


Sagat
                                                                Berus Kecil

Pisau Pengupas Ubi
                                                                   Pisau Dapur


Pelenyek
                                                                   Kuali Mengoreng Dalam







Landas Cincang
                                                             Mangkuk









Kuali Rendah

Cara Memasak Ubi Kentang
1. Goreng
2.  Panggang
3.  Bakar
4.  Celur
5.  Rebus
6.  Kuku


No comments:

Post a Comment

Popular Posts