Sahabat ku


widget

Saturday, November 19, 2011

VAKT ( Visual, Audio, Kinestatik, Tektil)

Salam !

Jom kita berkongsi ilmu pendidikan ye wahai kawan kawan sekalian.

Kaedah membaca pelbagai deria, VAKT bermaksud 
V = Visual (penglihatan) ,
 A = Audio (pendengaran) , 
K = Kinestetik (pergerakan) ,
 T = Tektil (sentuhan).

Kaedah pengajaran ni selalunya digunakan ke atas kanak kanak berkeperluan khas. Kaedah ni kalau korang guna pakai kat budak budak normal pun diorang mesti suka punya. 
Contohnya mengajar Bahasa Inggeris kelas khas yang paling hujung sekali.  Budak budak tu dah la hyperactive, autisme, mental retard, korang ingat pengajaran akademik semata ni diorang leh telan ke ? Kalau setakat kaedah chalk and talk...memang takde maknenye, memang tak berkesan.






Kaedah VAKT menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan(kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Kaedah VAKT menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :
i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul. Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT(Multisensory Reading Method)Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

V - visual (penglihatan) A – audio (pendengaran) K - kinesthetic ( pergerakan ) T - tactile ( sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiriatas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan  pembelajaran.   
Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:-
 kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuatdaripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari,huruf timbul yang besar dan lain-lain
- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;
v. lihat huruf (V)
vi. dengar guru sebut huruf (A)
vii. menyebut huruf (A)
viii. dengar huruf yang disebut (A)
ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

AMALI KAEDAH VAKT
Latih tubi

Latihan latih tubi merupakan kaedah instructional yang berkesan sekiranya guru dapat menggunakannya dengan betul dan sesuai dengan perancangan pengajaran mereka,iaitu:
- Latih tubi diberikan dalam masa singkat iaitu di antara 10 hingga 15 minit sahaja.
- Jumlah dan jenis latih tubi itu hendaklah bersesuaian dengan peruntukan masa dantahap kebolehan pelajar.
- Galakkan pelajar-pelajar merekodkan kemajuan yang diperoleh melalui setiap aktiviti dalam latih tubi itu.
- Galakkan penggunaan latih tubi yang berbentuk permainan atau menguji kecekapansupaya menarik minat dan tidak membosankan.
- Pastikan pelajar faham mengapa mereka perlu menguasai sesuatu konsep ataukemahiran dan ianya dapat dipermudahkan melalui latih tubi yang diberikan oleh guru.

Elakkan latih tubi yang berbentuk:
- Membosankan dan kurang menarik
- Terlalu lama dan banyak fakta yang terkandung di dalamnya
- Sesuatu yang mendatangkan kesan negatif kepada pelajar seperti merasa tertekan,tidak selesa atau kurang berminat mengikuti latihan tersebut.

AMALI KAEDAH LATIH TUBI
Aktiviti latih tubi 1

A) ARAHAN :
Mengeja suku kata KV
1.ba       2. ta       3. ma     4. da      5. ca       6. be      7. te       8. me     9. de      10. ce

B) ARAHAN :
Mengeja suku kata KV+KV
1. bola   2. kaki   3. mata 4. satu 5. beca  6. buku 7. lori    8. roda  9. raga 10. koma

C) ARAHAN :
Mengeja suku kata KV + KVK + KVK, KVK + KV + KV
1. menyanyi       2. menari            3. melompat      4. membaca      5. menulis           6. membeli 7.basikal       8. selamat           9. pembaris             10. Pemadam 

Wednesday, November 9, 2011

Menjaga Kebersihan Diri

Bagaimana menjaga kebersihan diri.


Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A.         Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segeradapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).
B.         Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah
  1. Amalkan adab batuk yang baik
    Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  1. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
    Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
    • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
    • Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
  1. Jangan kongsi peralatan peribadi
    Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  1. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
    • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
    • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
    • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
    • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C.         Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
  • Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri.  Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
    1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
    2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
    3. Sakit dada berterusan
    4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
    5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
    6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
    7. Rasa pening apabila berdiri
    8. Kurang kencing

 CARA MENJAGA KEBERSIHAN DENGAN MENCUCI TANGAN

Saturday, November 5, 2011

Memasak SALAD UBI KENTANG DAN BUAH-BUAHAN



Bahan-bahan:
4 biji Ubi kentang
2 biji buah epal merah
2 biji buah epal hijau
Sedikit buah Kismis
2 sudu besar Mayonese



Cara Memasak, langkah demi langkah

Langkah 1
Basuh kulit kentang sehingga bersih.Kupas kulit kentang


Langkah 2
Potong dadu ubi kentang


Langkah 3
 Masukkan ke dalam periuk yang berisi air didih untuk direbus. Tutup periuk.


Langkah 4
Sementara menunggu ubi kentang empuk, potong dadu buah epal.


Langkah 5
Setelah ubi kentang empuk, angkat dan toskan.  Masukkan ke dalam bekas.


Langkah 6
 Masukkan ubi kentang rebus, dan buah epal yang telah dipotong dadu ke
 dalam mangkuk adunan.





 Langkah 7
Masukkan mayonese dan gaul rata kesemua bahan




Langkah 8
 Taburkan sedikit kismis



Langkah 9
Hidangan Salad Ubi Kentang & Buah-buahan


SELEPAS ITU, murid diberi senarai semak...

Senarai Semak
 SALAD UBI KENTANG DAN BUAH-BUAHAN.


NAMA: ……………………………………….                               TARIKH: ………….

LANGKAH AKTIVITI ANSUR MAJU

A.  Sediakan bahan-bahan

4 biji Ubi kentang
2 biji buah epal merah
2 biji buah epal hijau
Sedikit buah Kismis
2 sudu besar Mayonese


B.  Sediakan peralatan
Pisau pengupas ubi atau pisau dapur
Landas cincang
Periuk
Mangkuk adunan
Senduk atau sudu besar
Pinggan atau mangkuk hidang
Sudu atau garfu

C.  Cara-cara memasak

1. Basuh ubi kentang sehingga bersih
2. Kupas kulit ubi kentang dan potong dadu
3.  Masukkan kedalam periuk yang berisi air untuk direbus.
Tutup periuk
4.  Sementara menunggu ubi kentang empuk, potong dadu buah epal.
5. Setelah ubi kentang empuk angkat dan toskan, kemudian masukkan ke dalam mangkuk
6. Masukkan ubi kentang rebus, dan buah epal yang telah dipotong dadu ke dalam mangkuk adunan
7. Masukkan mayonese .
8. Gaul kesemua bahan tadi sehingga rata menggunakan sudu atau senduk.
9. Angkat dan masukkan ke dalam piring hidang dan taburkan sedikit kismis
10. Hidangkan salad ubi kentang dan buah-buahan.

Selepas itu murid di ajar dan murid diminta melakukan dengan sendiri dengan pemerhatian dan tunjukajar guru

Kemahiran Hidup (Masakan)

masakan sarapan pagi. 

Objektif pengajaran guru:

i. Murid mengetahui nama dan kegunaan alatan dan kelengkapan dapur untuk memasak ubi kentang

ii. Murid mengetahui amalan keselamatan dan kebersihan didapur.

iii. Murid mengetahui mengenai ubi kentang dan masakan yang berasaskan ubi kentang.

iv. Murid mengetahui kaedah-kaedah memasak ubi kentang.

v. Murid boleh menyedia, memasak, menghias, menyaji masakan berasaskan ubi kentang iaitu salad ubi kentang

Pengenalan
Ubi kentang merupakan salah satu tanaman makanan yang penting didunia. Ia merupakan tanaman keempat yang paling banyak ditanam didunia selepas gandum, padi dan jagung . Warna kulitnya ada yang putih, merah jambu, ungu atau biru merah, perang, jingga atau hitam. Isi ubi kentang kadangkala berwarna seperti jenis black Congo atau Red Cardinal.


Sejarah ubi kentang

Sejak 5000 tahun yang lalu, ubi kentang telah mula di tanam di pergunungan Andales, Peru di Amerika Selatan. Pada abad ke 16 pengembara Sepanyol telah membawa ubi kentang dari Empayar Inca ke Sepanyol.  Dari Sepanyol ubi kentang secara beransur-ansur telah ditanam di Itali dan akhirnya ke seluruh Eropah.

Khasiat Ubi Kentang.

Zat dan nutrisi yang terkandung dalam ubi kentang ialah:

i.   Ubi kentang kaya dengan vitamin.
ii.  Ubi kentang mengandungi protin.
iii. Ubi kentang kaya dengan mineral.
iv. Ubi kentang rendah kandungan kalori.
v.  Ubi kentang kaya dengan karbohidrat.
vi. Ubi kentang berzat dan mudah dicerna.

Peralatan Dapur Untuk Menyediakan dan Memasak Ubi Kentang:


Sagat
                                                                Berus Kecil

Pisau Pengupas Ubi
                                                                   Pisau Dapur


Pelenyek
                                                                   Kuali Mengoreng Dalam







Landas Cincang
                                                             Mangkuk









Kuali Rendah

Cara Memasak Ubi Kentang
1. Goreng
2.  Panggang
3.  Bakar
4.  Celur
5.  Rebus
6.  Kuku


Pendidikan Seni (Origami)

Membuat bunga Tulip.

Langkah demi langkah daun dan bunga tulip

Pendidikan Seni (Origami)

Untuk meneruskan pengkongsian ilmu, hari ini dalam ruangan seni origami satu hasil baru akan diperkenalkan iaitu menghasilkan lipatan 'headfish'. Selamat mencuba.


Pengurusan Diri (Cara Melipat BAJU, SELUAR dan MENGOSOK BAJU)

Untuk para pelajar Pendidikan Khas menguasai kemahiran dalam subjek pengurusan diri bukan satu perkara yang senang. Untuk memudahkan cara, para guru boleh menayangkan video sebagai mengukuhkan penerangan yang diberi sebelum latihan dilakukan.



Cara melipat baju.

Cara melipat seluar

 Menggantung pakaian dan menggosok.

murid diberi melihat tayangan video dan meminta murid melakukan dengan sendiri. Bagi murid yang lemah, dibantu oleh guru.

Aktiviti Perkhemahan Slideshow Slideshow

Aktiviti Perkhemahan Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Aktiviti Perkhemahan Slideshow Slideshow ★ to Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Tuesday, November 1, 2011

Aktiviti Matematik


Color
  1. Boople's Colors - Click on the objects that match the color.
  2. Colors and Shapes - States color and shape of objects. Sound effects helps students remember. Press a letter on the keyboard to go to the next shape. Gets students used to using the keyboard as an input objects instead of the mouse.
  3. Colors - click on the objects that are the color named
Sorting

  1. Elmo's Playful Pets - sort the pets in different categories.
  2. Sorting - Sort objects
  3. Sorting Bert's Bottlecaps - sorting by three categories.
  4. Sort Elmo's Laundry - Sort by one category at a time.
  5. Sort Oscar's Trash - Click on the object, then click where it belongs.
Numbers recognition
  1. Big Bird's Numbers - Press a number key and Big Bird identifies number and has corresponding objects.
  2. Bunny Counting - Click on the number on the right that equals the bunny count.
  3. How Many - Count the objects and select the correct number to match.
  4. Monster Numbers - Find hidden numbers in a spooky setting.
  5. Number Recognition - Audio given; Click on the number the rabbit says. Feedback given on wrong response.
  6. Nursery Tutor - Click on numbers and set a time. Flash cards on line!
  7. Post Letters - Listen and put the letter in the mailbox that is named. This is a drag and drop activity. Numbers 0-30
Beginning numeral counting
  1. What number comes next - Numeral ordering
  2. Bees and Honey - Numeration exercise - use this to help mouse skills
  3. Fishing Mission - from FunSchool - Match numeral with correct amount of fish.
  4. Number Matching -Count objects and match the correct numeral to them.
  5. Counting - Pick an object to count; pick a number for the number of objects; audio counts objects as they appear.
  6. Counting - Count various objects and match the correct number to them. Drag the numbers to the groups
  7. Count the Bananas - Count the bananas Monkey eats.
  8. Count the Carrots - Click on the carrots. Rabbit keeps track of how many you have clicked. Great to learn mouse control.
  9. Counting - Teacher will need to set this up. Can select number range for individual students and also print out reports of their success.
  1. Counting Stories
    1. One Little Ball.
    2. Five Little Babies
    3. Six Little Teddy Bears
    4. Five Hungry Crocodiles 
    5. Egg Counting Elmo - Click on the eggs and count them
    6.  How Many Fish - Click on the correct number.
    7.  Magical Numbers - counting objects
    8.  Math Dojo - Select the skill you wish to practice then click on Begin Game. Click on Maybe Later when the registration page appears.
    9.  Pirate Counting - count the barrels and type in the number, then click the red button. 
    10.  Number relationship – one to one numeral correspondence Bunny counting - Click on the group who has the same count as the bunnies
    11. Counting on a Cloud - Pick a picture, then pick a number. One to one correspondence.
    12.  Count the Ants - Count the ants and pick the number.
    13.  Counting with Lecky - Choose the level 1-5 or 6-10. Catch the amount of balloons that match the number.
    14.  Finding Groups of Things - Click on the number that you are studying and find all the groups that equal the number amount.
    15.  How Many - Click on the number equal to the amount of items.
    16.  How Many - Count items;click on the number that match the amount. 1-10 .
    17.  How Many - 1-20
Number order
  1. Number order- Click on the number that is missing.
  2. Connect the Dots Number order up to 30. Boys will like this site. Connecting dots form cars.
  3. Count the Dots - Connect the dots to create pictures. Can print out picture.
  4. Connect the Dots to make a picture - 1-50 or skip counting by 2s up to 100 10-25-08
  5. Counting Up- What is the next number when counting up? Students click on the number that comes next, counting up.
  6. Counting Down -What is the next number if counting down?
  7. Find the missing number - Fill in the missing number from one to ten. This is a keyboarding activity, not a mouse activity.
  8. Order the Numbers -Put hats in numerical order. Higher level thinking required as some numbers are missing and they must pass over those to see what comes next in sequence.
  9. Saucer Sorter - swap two or more numbers around and let partner put back in correct order
Recognizing number words
  1. Name that Numeral - Click on the number word that matches the numeral. 1-10
  2. Match Number word with Numeral - 0-25
  3. Match Numeral to Number Word - 0-10
  4. Name that Numeral - Click on number word that matches the numeral. 1-10
  5. The Number Game - Read the number word and pick the number that matches. This game has 10 questions.
Counting to 100
  1. 100 hunt - find the target number on the number chart
  2. Give the Dog a Bone - On an empty number square, find the correct number spot.
  3. Mend the Number Square - Drag the number in the spot where the caterpillar is.
  4. Counting to 100 - Type in the number that comes next
  5. Counting to 100 - count the items and type in the correct number
  6. Interactive number chart - color the number chart to reinforce different lessons
  7. Telling time Do you know what time it is? - 5 levels of activities to select from.
  8. Telling Time to the Half Hour - Click on the Start arrow to go to the game. Look at the analog clock to determine the time, then select the digital clock that matches. This game consists of ten questions.
  9. Time Quiz - Practice half hour skills
  10. Identifying Time to the Hour -
  11. Telling Time - Players must drag the digital displays to the matching analogue clock (telling time to the half-hour). All against the clock of course! Other times : (fifteen minute increments) (five minute increments) (one minute increments) - For whole class instruction there is a clock available (digital or analog) which can be advanced by increments)
  12. Patterning Crazy Patterning Machine - recognize repeating patterns by using shapes, letters and numbers.
  13. Patterning - Check out Cookie; Cookie Monster has a line of groceries. What comes next?
  14. Patterning - What comes next?
  15. Patterning - Select a color, then select a shape and create your own pattern.
More Than / Less Than
More, Less, or the Same - Count the objects on each side and decide if they are more, less or the same. Students must recognize the words 
More or Less - students select if number is more, less or equal to. Students must recognize the words
Beginning subtraction
Subtraction Problems - Small numerals. Subtract the numbers and click on the correct answer. 
  


Aktiviti Prabacaaan


Aktiviti Prabacaan

AKTIVITI PRA BACAAN
                Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak.
Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
1.    pengamatan penglihatan
2.    pendengaran
3.    pergerakan mata & tangan.


KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN
Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.



KEMAHIRAN PENDENGARAN
Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama  pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak –kanak atau membaca kepada kanak-kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca.

KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN
Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakkannya.


KAEDAH MENGAJAR BACAAN
Kaedah mengajar bacaan merupakan sebagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan hurf, perkataan dan ayat serta bunyi kepada kanak-kanak.
Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga:
1.    Kaedah bunyi/ fonetik
2.    Kaedah huruf
3.    Kaedah pandang dan sebut
KAEDAH BUNYI / FONETIK
Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua cara mengunaan iaitu:
1.    Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain.
Contohnya:
ba + pa = bapa
2.    Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan.
Contoh:
b (beh), a (ah) = ba
p(peh), a (ah) = pa
ba + pa = bapa

Kekuatan
Kelemahan
Sesuai denagn susuk bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.

Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu diluar perbendaharaan kata mereka.
Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyaai makna yang nyata pada mereka.


KAEDAH HURUF
Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana yang dikategri sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak –kanak diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.
Vokal
a
a
i
Konsonan
s
y
l
r
Gabungan Vokal dan Konsonan
sa
ya
la
ri
Perkataan
saya
lari

Kekuatan
Kelemahan
1    Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya
2    Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal  dan konsonan dengan baik.
3    Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
4    Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member  keyakinan kepada murid-murid
1.  Murid-murid membaca dengan lancar tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.
2.  Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.
3.  Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang  mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak mengunakan kaedah emgeja atau membunyi tetapi mengecam dan membaca.
Peringkat
1.    Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar. Kanak –kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu.
2.    Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
Kekuatan
Kelemahan
1    Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.
2    Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya
3    Kaedah ini dari awal mementingkan makna.
4    Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.

1        Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajar sahaja
2        Kaaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf-huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.
3        Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.
4        Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

Popular Posts