Sahabat ku


widget

Friday, October 28, 2011

Pengurusan Diri (Mengosok gigi dengan cara yang betul)

Menggosok gigi


Salam buat semua anak murid dan rakan-rakan ku .Diharapkan hari jumaat ini akan terus menjadi hari yang menceriakan. Hari ini saya akan membincangkan dan mengajar mengenai tips penjagaan gigi dan cara menggosok gigi dengan betul. Murid-murid sudah gosok ke belum pagi nie?. Kalau belum ape kata pergi gosok sekarang. Bukan ape,gosok gigi atau bersugi adalah suatu perbuatan yang mulia kerana kita menjaga anggota tubuh badan kita daripada kekotoran.

Oleh itu mari murid-murid ku sekalian  duduk rapat-rapat saya nak ajar cara menggosok dan menjaga gigi anda agar disenangi semua orang. Pernah tengok mulut paling luas tak? anda boleh rujuk gambar kat bawah nanti. Jangan tiru macam orang tu tau. Nanti tercekik tin Coca Cola pulak.
                                               jangan tiru macam dia tau.. gigi x berapa nak bersih..

Sebelum kita belajar menggosok dan menjaga gigi dengan betul,apa kata kita tengok gambar dibawah nie. Mesti rakan-rakan ku sekalian diluar sana akan teringat akan nostalgia menggosok gigi di sekolah. Bawak sebijik gelas plastik dan berus gigi, duduk tepi longkang yang berhampiran dan terus gosok .
Ok,sekarang kita akan belajar cara menjaga dan menggosok gigi dengan cara yang betul.Sila bersila semua dan tengok gambar gigi 
                                                               cara gosok 1
Antara tip-tip menggosok gigi dengan betul ialah :
1.Berus gigi dan gusi dengan posisi kepala berus membentuk sudut 45 darjat di daerah perbatasan antara gigi dengan gusi.

2. Gerakan berus dengan lembut dan memutar. Berus bagian luar permukaan setiap gigi atas dan bawah dengan posisi berus gigi 45 derajat berlawanan dengan garis gusi agar sisa makanan yang mungkin masih menyelip dapat dibersihkan.

3. Gunakan gerakan yang sama untuk menggosok bahagian dalam permukaan gigi.

4. Gosok semua bahagian permukaan gigi yang digunakan untuk mengunyah. Gunakan hanya ujung bulu sikat gigi untuk membersihkan gigi dengan tekanan ringan sehingga bulu sikat tidak membengkok. Biarkan bulu sikat membersihkan celah-celah gigi. Ubah posisi berus gigi sekerap mungkin.

5. Untuk membersihkan gigi depan bahagian dalam, gosok gigi dengan posisi tegak dan gerakkan perlahan ke atas dan bawah melalui garis gusi.

6. Berus lidah untuk menyingkirkan bakteri dan agar bernafas dengan lebih segar.

7. Pilihlah berus gigi dengan bulu sikat yang lembut kerana yang keras dapat membuat gusi terluka dan menimbulkan radiasi pada gigi, yaitu penipisan struktur gigi terutama di sekitar garis gusi. Radiasi dapat membuat bakteri dan menghabiskan gigi kerana lapisan keras pelindung enamel gigi telah terkikis.

8. Ganti berus gigi jika bulu berus gigi sudah rosak dan simpan di tempat yang kering sehingga kering dengan sendiri.

9. Jangan  meminjamkan berus  gigi anda kepada orang lain kerana berus gigi mengandungi bakteri yang dapat berjangkit kepada orang lain walaupun berus sudah dibersihkan.

10. Gunakanberus gigi elektrik untuk si kecil agar lebih mudah digunakan. berus gigi jenis ini sebenarnya dapat membersihkan lebih baik daripada berus gigi manual, namun sebaiknya berjumpa dan bertanya terlebih dulu soal penggunaannya dengan doktar gigi.

Ok,langkah-langkah menggosok dengan gigi dengan betul sudah selesai maka murid perlu tahu berapa kerap kena gosok gigi setiap hari. Murid hendaklah meggosok gigi dua kali sehari iaitu selepas makan dan sebelum tidur.Kenapa perlu selepas makan dan sebelum tidur cIKGU??.Kenapa tidak semasa makan ke?.Selepas bersenam tidak boleh ke?..Emm…soalan yang baik dan bernas..
Menggosok gigi selepas makan akan menyediakan keadaan gigi kita yang bersih tanpa sebarang benda yang terlekat pada gigi. Contohnya,terlekat tulang di celah gigi dan terlekat lada di depan gigi arnab. Kan memalukan tu..Kenapa sebelum tidur??..Apabila kita tidur,raja bacteria akan bersidang dalam mulut orang yang tidak menggosok gigi bagi merosakkan gigi orang tersebut. Itu lah analogi kita menggosok gigi sebelum tidur.
Itu lah sahaja perkongsian daripada Cikgu .Diharapkan murid semua dapat menggunakan infomasi ini untuk memiliki gigi yang lebih bersinar dan memukau semua orang. 


                                                   

Monday, October 24, 2011

Hiperaktif

Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain .
KANAK - KANAK YANG HIPERAKTIF
Satu cerita dijadikan cerita .....
Abu yang berumur empat tahun telah dibawa ke klinik kanak - kanak kerana terlalu Aktif atau cergas dan tidak boleh duduk diam . Abu dilahirkan seperti biasa dan kesihatan serta perkembangannya sehingga usia satu tahun dikatakan memuaskan . Selepas Abu sudah boleh berjalan dikatakan sangat buas, selalu memanjat di atas perabot - perabot serta memunggah benda - benda . Pendek kata Abu jarang duduk diam dan dia sangat kurang tidur . Semakin dia besar semakin sukar untuk menjaga atau mendidiknya . Dia masih belum boleh bercakap seperti kanak - kanak yang sebaya dengannya dan dia tidak boleh mengikuti arahan yang diberi kepadanya walaupun ibubapanya tidak meragukan kebolehan pendengarannya . Dia masih memerlukan bantuan untuk makan . memakai baju atau membuangair kecil dan besar .Ibu bapanya tidak memasukkannya ke tadika tetapi dia dikatakan terlalu resah , dan tidak mematuhi apa - apa arahan yang diberikan . Abu juga tidak boleh menumpukan perhatiannya kepada sesuatu perkerjaan . Dia tidak suka duduk dengan lama, asyik hendak berlari keluar dari bilik darjah . Kelakuannya didapati sukar dikawal oleh gurunya sehingga ibu bapanya diminta mengeluarkannya dari tadika kerana dia sentiasa mengganggu aktiviti - aktiviti kelas .Abu merupakan seorang kanak -kanak yang mengalami sindrom heperaktif atau dipanggil " Attention deficit disorder " . Keadaan ini menimbul kerumitan kepada ibu bapanya untuk menjaga dan mendidiknya .
Kelakuan yang biasa diperlihatkan di dalan keadaan ini boleh dibahagian .
(1) kekurangan tumpuan perhatian
            Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain . 
(2) Mengikut Dorongan Hati ( Impulsif )
          Dia tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah telah melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain . Ibu bapa dan guru -guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan .
(3) Berkelakuan Terlalu Aktif
              Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif .Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat . Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif . Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif .
             Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa .
Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesional -profesional yang terlatih .
Cara - cara rawatan
(1)                Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine , Ritalin dan Haloperidol . Malangnya dengan cara ini , kesannya tidakberpanjangan . Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik . Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif .
(2)               Teknik pengubahsuaian kelakuan ( behavioural Modification ) ; lebih berkesan , tetapi cara -caranya.Perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi , supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul . Teknik ini perlu diikuti selalu .
(3)               Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach ) ; dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini ; dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka.
              Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan . Misalnya ada kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja .Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan -bahan pengawetan . Bagi kes seperti ini dikenal pasti dan diketepikan .
Selain itu disini ada 10 tips menangani anak hiperaktif:

1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikuti kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.
2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.
3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkahlaku mereka tersebut kadang-kala memalukan serta mencetuskan perasaan marah (bengang!!)
4. Bersabar dan tidak bertindak memukul dan memalukan mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional (….kena banyak sabaaar…).
5. Tukar perkataan “jangan” kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit “Jangan lari!!!”, cuba tukarkan kepada perkataan “Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh”. Dia akan ikut kejap, pastu lari lagi… tak pe, jangan jemu memberi teguran!!
6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti “kenapa la kamu ni nakal sangat”, bodoh atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa merupakan doa kepada mereka. (cepat-cepat ambil wuduk kalau naik marah..)
7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contoh pelihara ikan, tanam bunga dan seumpamanya.
8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam tv, ajak mereka menghafal ayat-ayat pendek di dalam Al-Quran. Hafal ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafalan).
9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ianya lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. jangan ‘give up’ walaupun terpaksa bercakap perkara yang sama kepada mereka
10. Dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan.
Walaupun demikian, kebiasaannya sifat hiperaktif beransur berkurangan ketika usia mereka mulai mencecah 12 tahun.
Masa hadapan
          Dari penyelidikan yang telah dijalankan , didapati ramai kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif ini akan kurang berkelakuan sedemikian bila usia mereka meningkat . Bagaimanapun sifat kurang yakin kepada diri sendiri , sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif ini .
Kesimpulan
Kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa masalah pembelajaran . Dengan itu rawatan perlu dimulakan seawal -awal yang boleh . Bagaimanapun , kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa .

secara ringkas 

DEFINISI : Hyperaktif

Banyak terjadi pd kanak-kanak lelaki. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :
• Kurang tumpuan
• Hiperaktif
• Menurut kata hati (Impulsiviti)

CIRI-CIRI

a) Tidak memberi tumpuan
i- gagal menyiapkan tugasan
ii- tidak mengikut arahan
iii- sukar menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti

b) Impulsif
i- bertindak tanpa berfikir
ii- sukar mengendali satu-satu aktiviti
iii- perlu beri perhatian yang lebih
iv- sukar menunggu giliran

c) hiperaktif
i- berlari ataupun memanjat sebarang objek
ii- sukar duduk di suatu tempat dengan tenang
iii- sentiasa aktif sepanjang masa



   

Sindrom Down

DEFINISI
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya.

Nota :
Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit
Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866

Antara punca-punca Sindrom Down ialah Ibu yang melahirkan berumur 35 tahun ke atas. Faktor genetik juga menyumbang kepada Sindrom Down. Pemakanan ibu semasa mengandung sedikit memberi kesan.

CIRI-CIRI

1.Muka yang hampir sama
2.Tubuh yang pendek
3.Kepala bersaiz kecil
4.Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
5.Kulit berlipat di bahagian mata.
6.Lidah terjelir
7.Leher pendek dan besar.
8.Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang
 9.besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
10.Pertumbuhan yang lambat.
11. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
12. Tidak dapat bertutur dengan jelas kerana lidah tebal dan pendek.

                                         

Autisme

 DEFINISI 

keadaan yang meyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki.

CIRI-CIRI

1. menghadapi masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta berkaitan IQ
2. mempunyai IQ tinggi ini biasanya cukup bijak di sekolah terutama dalam bidang yang membabitkan kekuatan hafalan tetapi apabila menyentuh aspek bahasa, mereka agak lemah
3. tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya tetapi mereka mempunyai kemahiran yang begitu baik dalam bidang muzik, lukisan dan matematik.
4. pertuturan yang tidak mempunyai makna untuk difahami oleh orang lain.
5. sering meniru perkataan-perkataan yang disebut oleh orang lain dengan hanya menyebut perkataan di hujung ayat sahaja (echolalia)
6. tidak dapat memahami apa yang disebut oleh orang lain dan ada ketikanya mereka mungkin dapat bercakap tetapi tidak menggunakan yang sepatutnya untuk berkomunikasi
7. mereka mungkin tidak boleh bertutur langsung, boleh bertutur atau boleh bertutur dengan bahasa yang hanya difahami mereka sendiri.
8. suka melakukan sesuatu perkara secara berulang kali, gemarkan kepada ketepatan dan persamaan dalam semua hal termasuklah mengulang-ulang sesuatu pertanyaan atau perkataan.
9. tidak berkebolehan untuk bertentang mata dengan orang lain atau sering memandang sipi, tidak dapat melahirkan perasaan menerusi senyuman, masam atau mengerutkan muka.
10. lebih suka bersendirian atau berada dalam dunia mereka sendiri serta tidak tahu mengawal perasaan dan ada ketikanya menjadi agresif atau terlalu aktif.



Calebral Palsy

                                                                                   PENGENALAN

Cerebral Palsy bermaksud kehilangan atau kekurangan kawalan motor iaitu tidak berupaya untuk mengawal kekejangan sebelum dan selepas kelahiran. Kamus perubatan pula mendefinisikan Cerebral Palsy ialah kerosakan kawalan dan koordinasi motor yang disebabkan oleh kerosakan otak. Secara umumnya Cerebral bermaksud ‘berlaku sesuatu pada otak’, Palsy bermaksud ‘masalah atau kelemahan dengan kawalan tubuh dalam melakukan pergerakan atau memposisikan badan’. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan disini bahawa Cerebral Palsy bermaksud ketidakupayaan menggunakan sebahagian anggota badan disebabkan oleh kecederaan otak




CIRI-CIRI

1. Ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota badan seperti bermain, berjalan, makan, bercakap, berlaku kekejangan otot atau ketidakfungsian otot serta pergerakan yang tidak stabil.
Mengalami kesukaran menggerakkan otot-otot yang diperlukan seperti lidah, bibir dan rahang serta kawalan nafas semasa bercakap.
2. Mengalami proses pembelajaran yang agak lambat berbanding dengan kanak-kanak normal lain. Hal ini kerana, kanak-kanak ini mengalami kerencatan akal, kerosakan penglihatan, pendengaran, pertuturan atau pengamatan motor
3. Ketegangan dan pergerakan yang tidak seimbang.
Mengalami Sawan. Sawan adalah disebabkan oleh penghantaran mesej yang tidak normal pada tubuh. Sawan boleh berlaku pada bila-bila masa misalnya semasa sedang bercakap atau melakukan sesuatu sehingga berlaku kejadian tidak sedar diri dan mulut berbuih

SAWAN/EPILEPSI

DEFINISI

Sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Ia boleh menyebabkan penderitaan yang serius , melibatkan lebih kurang 50 juta orang dari semua peringkat umur, terutamanya dalam peringkat kanak-kanak, remaja dan warga tua.


CIRI-CIRI

• Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
• Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
• Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
• Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
• Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
• Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
• Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam

kenali saya yang berkeperluan khas

Pengenalan 

Murid dengan keperluan khas adalah berbeza daripada murid biasa dari segi kebolehan mental, keupayaan fizikal, deria, tingkah laku sosial dan keupayaan emosi. Murid dengan keperluan khas perlu dirujuk kepada pakar perubatan untuk
menentukan sama ada mereka sesuai dihantar ke sekolah khas atau ke sekolah
biasa.

Murid dengan keperluan khas digalakkan belajar di kelas biasa. Murid ini akan
belajar bersama-sama dengan murid biasa, dalam persekitaran yang sama,
kurikulum yang sama dan diajar oleh guru yang sama. Suasana seperti ini akan
membiasakan murid keperluan khas dengan keadaan dunia yang sebenar.

Walaupun guru yang mengajar murid ini adalah guru biasa yang tidak mempunyai
latihan khas untuk mengendalikan mereka, guru atau pelaksana perlu tahu
mengenai murid keperluan khas ini supaya mereka boleh membuat penyesuaian dari segi pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan.

Untuk membantu guru biasa ini, adalah disarankan supaya setiap tadika yang ada
murid keperluan khas mempunyai guru sokongan (support teacher) yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas tentang murid keperluan khas.
Kategori Murid Keperluan Khas

Murid keperluan khas boleh dilihat dari dua perspektif.
i. Murid yang bermasalah pembelajaran
ii. Murid yang pintar cerdas


i. Murid Bermasalah Pembelajaran

Murid yang bermasalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri berikut;
- Masalah kelewatan penguasaan bahasa, komunikasi dan literasi
seperti sukar memahami apa yang diperkatakan, pelat dan gagap
 Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan seperti:
- Sukar melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk,
warna dan kedudukan objek
- Tidak boleh membentuk huruf atau menulis huruf
secara terbalik
- Sukar mengingat sesuatu yang dilihatnya
- Mudah terganggu dan menukar tumpuan kerja
- Hiperaktif iaitu sentiasa bergerak, tidak boleh duduk
diam dan selalu resah

Cara Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

Setelah mengenal pasti murid yang bermasalah pembelajaran, guru dan pelaksana
tadika harus merancang strategi untuk memenuhi keperluan pembelajaran mereka.
Berikut adalah cadangan untuk membantu melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza.

a. Bagi murid yang memerlukan bantuan dari segi komunikasi, bahasa dan
literasi, guru perlu menggunakan:
- Komunikasi bukan lisan seperti lambang dan isyarat
- Bahan visual dan bertulis/bercetak dalam pelbagai saiz dan format
- Bahan komunikasi teknologi maklumat dan bahan teknologi lain

b. Bagi membina kefahaman melalui pengalaman sebenar (hands-on
experience) dan deria, guru perlu menggunakan:
-Bahan dan sumber yang murid gunakan melalui penglihatan,
pendengaran, sentuhan dan bau
- Bahan komunikasi dan teknologi maklumat dan bahan teknologi lain


c. Bagi melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti fizikal dan
praktikal, guru perlu :
- Mempunyai sokongan dan bantuan daripada orang dewasa lain
- Menyesuaikan aktiviti dan persekitaran
- Mempunyai bahan dan peralatan khas
- Menghargai dan memuji usaha murid
- Membantu murid menghargai dan menghormati sumbangan sendiri
dan orang lain
- Memberi peluang kepada mereka meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan

ii. Murid Pintar Cerdas

Murid pintar cerdas mempunyai ciri-ciri berikut:
- Belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang
tinggi
- Mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan
mengekal/mengingat apa yang dibaca dan didengar dengan mudah
- Peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan
berupaya menyelesaikan masalah
- Penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik
- Berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang
tinggi
- Melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan dan
kesihatan


Penyediaan Pembelajaran Murid Pintar Cerdas

Guru boleh menyediakan pembelajaran murid pintar cerdas dengan cara:
- Menyediakan bahan dan aktiviti yang menarik dan mencabar
- Menggalakkan kreativiti dan pembelajaran akses kendiri
- Memberi peluang kepada murid membuat pilihan dan keputusan
sendiri tentang bahan dan aktiviti yang ingin dilaksanakannya
- Mengadakan program pengayaan

Popular Posts