Sahabat ku


widget

Monday, December 12, 2011

Cara Membuat Bahan Bantu Mengajar Kad Popup

 cara 1

 cara 2
 cara 3
 cara 4
 cara 5
 cara 6
 cara 7
 cara 8
 cara 9
 cara 10
 cara 11
cara 12

Kad Popup ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar yang menarik minat murid..
 disini sediakan video untuk anda semua mahir dalam dalam membuat Kad Popup yang lebih menarik :-

video

Perkongsian ilmu

Kategori dan Ciri Kanak-kanak Khas Masalah Pembelajaran



Autisme
* Perlakuan yang bongkak
* Ketawa dengan tiba-tiba
* Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
* Tidak mengenali bahaya.
* Tidak merasai kesakitan.
* Menangis dan marah tanpa sebab.
* Permainan yang luar biasa.
* Tidak mahu didakap.
* Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
* Berkelakuan seperti orang pekak.
* Tiada perhubungan mata bila bercakap.
* Memutar barang.
* Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
* Tingkahlaku aktif keterlaluan.
* Tidak mahu terima pelajaran biasa.
* Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
* Takut dan cemburu berlebihan.

Sindrom Down
* Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
* Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
* Mata sentiasa berair dan merah.
* Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada
kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
* Bentuk muka yang kecil.
* Bahagian kepala leper.
* Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
* Majoriti berambut lurus dan lembut.
* Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
* Berbadan gembal dan rendak.
* Badan yang agak bongkok.
* Suka bermanja, bermain dan gembira.
* Dapat bergaul dengan baik.
* IQ di antara 30 hingga 80.
* Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Cacat Akal Ringan
1. Adiot
# Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.
2. Imbersil
# Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
3. Moron
# Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
# Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
# Lambat berjalan dan lambat bercakap.
4. Lembab
# Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

Cacat Akal Berat
* Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
* Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
* Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
* Sukar bernafas.
* Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
* Selalu menangis.
* Sukar bercakap dan memahami orang lain.
* Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
* Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
* Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
* Tidur yang berlebihan.
* Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Hyperaktif
* Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
* Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
* Tidur yang tidak tetap.
* Terlalu kerap menangis atau ketawa.
* Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
* Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
* Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
* Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Hypoaktif
* Murang dan menyendiri.
* Aktiviti fizikal yang pasif.
* Tiada respond pada persekitaran.
* Suka termenung.
* Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
* Menundukkan muka bila nama dipanggil.
* Suka bermain sendirian.
* Suka berkhayal.

Spastik
* Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
* Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
* Tidak berupaya mengangkut badan.
* Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
* Tidak berupaya memegang objek.
* Tidak berupaya mengurus diri.

Pintar Cerdas
* Kebolehan yang luar biasa.
* Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
* pergaulan dengan kanak-kanak lain.
* Perkembangan bahasa yang lambat.
* Perbendaharaan kata yang kemas.
* Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
* Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
* Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
* Suka mencari helah

Saturday, December 10, 2011

Beberapa Cadangan Mendidik anak Autisma

AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.

Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.

Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.

Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.


Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.

Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah   
  • Tidak menghiraukan orang lain
  •  Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
  •  Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
  • Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
  •   Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
  •   Lebih suka bermain sendiri
  •   Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
  •    Lambat bercakap
  •    Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
  •   Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
  •   Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
  •   Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
  •   Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
  •   Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
  •   Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan
  •  Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
  •   Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
  •   Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
  •   Tidak boleh duduk diam
  •  Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
  •   Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri
  •    Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk


Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:
  •  Kurang tumpuan kepada persekitaran
  •  Sering ada dalam dunia sendiri
  •  Kadangkala pertuturan tidak jelas
  •  Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran


“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.

“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:
  •  Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya
  •   Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)
  •  Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)
  •  Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)
  •   Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek
  • Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)
  • ‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain


Apa yang boleh dilakukan guru?

Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
  •   Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.

Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.
  •   Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
  •   Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.
  •    Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.


Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.
  •    Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.

Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.
  •   Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.
  •  Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.


 Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.

“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.



Ciri-ciri autisme
  • > Tidak menghiraukan orang lain
  • > Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
  • > Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
  • > Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
  • > Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
  • > Lebih suka bermain sendiri
  • > Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
  • > Lambat bercakap
  • > Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
  • > Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
  • > Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
  • > Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
  • > Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
  • > Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
  • > Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan
  • > Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
  • > Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
  • > Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
  • > Tidak boleh duduk diam
  • > Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
  • > Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif
  • > Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk


Beberapa Cadangan cara menjaga anak Austima



Kehadiran ku amat dinantikan oleh ibu, ayah, abang dan kakak serta keluarga ku yang lain. Mereka menantikan aku bersama seribu harapan. Pelbagai persiapan yang telah ibu sediakan. Pelbagai perancangam yang ayah telah susunkan. Pelbagai nama sudah kakak senaraikan untuk ku. Pelbagai koleksi milik abang yang abang janjikan untuk diberikan kepada ku. Pelbagai hadiah yang keluarga ku fikirkan untuk aku.

Kehadiran ku sangat dinantikan.
Ibu ayah kakak abang dan keluarga sangat sayang aku. Akulah permata hati mereka. Akulah penambah seri rumah ayah ibu. Mereka sangat menyintai aku.
Hari - hari terasa begitu pantas. Aku bertukar dari comelnya seorang bayi kepada comelnya kanak - kanak yang sihat membesar. Kakak sangat teruja untuk berbicara dengan ku. Abang begitu teruja bermain dengan ku.
Masa terus mengijak tempoh panjangnya. Ibu ayah seakan merasakan sesuatu yang berbeza antara aku dengan kakak dan abang. Kakak dan abang seolah bertanyakan kenapa aku masih seperti yang dulu juga walau sepatutnya tidak.
Garis - garis risau ibu sudah mula terukir di dahi ibu.
Debaran dalam tenang ayah sudah menampakkan degupnya.
Kakak menanyakan kepada ibu mengapa aku tidak mempedulikan panggilanya.
Abang merasakan aku tidak berminat terhadap mainan pemberiaannya.
Seribu satu persoalan ayah ibu.
Seribu satu pertanyaan kakak abang.
Ayah Ibu semakin bimbang.
Apakah mereka akan memilki insan yang luar biasa dalam hidup mereka.Aku dikatakan luar biasa... Luar biasa atas dasar apa? Mungkin kerana aku berbeza dengan anak - anak ibu ayah yang biasa2 itu.
Benak Ibu ayah menjadi buntu.
Fikiran Kakak abang menjadi bingung.
Sehinggahlah persoalan mereka terjawab dengan masa dan ilmu serta pengalaman.


Akulah anak istimewa. Autisma.


******************************************
Tips mendidik anak autisma


Gambar adalah bahasa saya.
Kebanyakkan pengidap autisma adalah “visual thinkers”. Mereka berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan. Pemikiran mereka umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi mereka. Gambar – gambar adalah bahasa utama mereka dan perkataan bahasa kedua mereka. Kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk mereka pelajari kerana dengan kata nama mereka boleh menggambarkan perkataan tersebut. Untuk mengajar mereka perkataan “duduk” dan “berdiri”, guru seharusnya mendemonstrasikan perbuatan duduk dan berdiri. Adalah lebih baik juga sekiranya guru menunjukkan perkataan kad imbas “duduk” semasa duduk dan “berdiri” semasa berdiri.

Pendekkan arahan.
Mudahkan arahan. Kanak – kanak autisma memiliki masalah dalam mengingat semula satu – satu arahan yang panjang. Sekiranya kanak – kanak tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak – kanak autisma juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.

Bakat melukis.
Kebanyakkan kanak – kanak autisma berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka. Menggunakan bakat mereka ini dalam proses pembelajaran mungkin lebih memberi tumpuan kepada mereka untuk belajar.

Keasyikan / Obses
Kebanyakan kanak – kanak autisma taksub/asyik kepada satu – satu perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau ‘membaca’ peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan.

Pendekatan Visual yang Konkrit
Gunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.

Masalah Motor Tangan.
Kebanyakkan kanak – kanak autisma memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak – kanak tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer. Itukan lebih muda...lagi pula zaman dah berubah.

Fonik dan Ingatan
Sesetengah kanak – kanak autisma lebih mudah belajar membaca dengan menggunakan fonik, dan sesetengah pula mudah belajar membaca menggunakan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak – kanak yang mengalami masalah ekolalia sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar dengan itu, perkataan tersebut disamakan dengan gambar. Adalah penting perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar. Apabila mengajar kata nama, kanak – kanak tersebut perlu mendengar perkataan yang anda katakan dan pada masa yang sama melihat gambar sepertimana perkataan tersebut. Contohnya anda menyebut “pisang”, perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang. Begitu juga apabila mengajar kata kerja “lompat”, anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut “lompat’.

Cara Meningkatkan Komunikasi dengan Anak Autisme

1. Meletakkan harapan yang tinggi.

Letaklah harapan yang anak - anak ini akan memberi respon kepada soalan atau arahan anda. Jangalah anda membuat anggapan bahawa atau setkan dalam minda anda bahawa mereka tidak akan memberi respon hanya kerana mereka Autisma dan kurang upaya. Anda perlu ingat bahawa anak - anak Autisma iniperlukan lebih masa untuk memahami arahan atau soalan anda. Oleh itu bantulah anak ini memahami anda dan jangan berhenti untuk meletakkan harapan yang positif kepada mereka.

2. Gunakan Pendekatan Positif

Tumpukan kepada tingkah laku yang sepatutnya. Sekiranya anda melihat tingkah laku yang diingini, berikan peneguhan positif kepada mereka. Peneguhan tersebut boleh jadi peneguhan fizikal seperti memberikan tepukan, peneguhan makanan atau peneguhan mainan. Peneguhan mestilah perkara yang disukainya bagi menggalakkan mereka melakukan tingkah laku yang diigini.
Abaikan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Bagaimanapun, tingkahlaku yang boleh mencederakan diri dan orang lain memerlukan pendekatan lain. Namun biasanya tingkah laku yang sepatutnya dimulakan dengan pengabaian.
Pastikan arahan anda jelas dan tepat. Contohnya adalah lebih tepat "Ikram, duduk atas kerusi" berbanding "duduk" atau "jangan berdiri" . Berikan mereka peluang sekiranya mereka melakukan kesilapan.

3.Beri Peluang untuk Memberi Respon dan Pastikan Anda Mendapat Respon.

Kebanyakkan kanak - kanak Autisma mengalami masalah memproses maklumat yang didengar atau dilihatnya dan mereka memerlukan masa untuk memahami apa yang diberitahu dan menentukan respon sepatutnya. Oleh itu berikan mereka masa untuk merespon arahan anda (lebih kurang 10 saat). Bantulah mereka dalam memberi respon kepada anda. Contohnya;
Anda: Ikmal mahu makan ?
Ikmal: ..............
Anda: Saya...................(beri peluang Ikmal melengkapkan perkataan anda).
Sekiranya tiada respon juga...
Anda: Saya ma.......(sekiranya dia kelihatan mengangguk).

Sekiranya tiada respon....Bantulah dengan kata "mahu" atau "tidak" dengan isyarat angguk/geleng. Setiap respon yang diberikan perlulah diberi peneguhan walaupun anda terpaksa melengkapkan setiap respon tersebut. Usahlah dibiarkan arahan anda kekal tiada respon. Ini kerana sekiranya anda membiarkan arahan anda "tergantung", kelak kanak - kanak Autisma ini akan mempelajari bahawa tiada respon juga diterima dan menganggap responnya tidak penting. Pastikan anda mendapat respon.


4. Abaikan Pertuturan, vokalisasi, ketawa dan perbuatan yang tidak sepatutunya.

Hanya beri perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Ulangi perbuatan diingin dan abaikan perbuatan - perbuatan yang tidak sepatutnya.

5. Bertutur dengan perlahan, jelas dan tepat.

Individu Autisma mungkin mengalami masalah untuk memproses setiap percakapan yang didengarnya. Oleh itu anda perlubertutur dengan perlahan dan jelasbagi membolehkan mereka mendapatkan kebanyakkan kiu verbal anda. Pastikan kanak - kanak itu melihat muka anda bagi memudahkan mereka mempelajari mimik muka. Jangan menggunakan bahasa abstrak sehinggah anda pasti mereka memahaminya. Contonhya jangan menggunakan "Aidil pergi duduk." Sebaiknya anda menggunakan perkataan "Aidil duduk atas kerusi".

Kebanyakkan kanak - kanak Autisme juga tidak memahami perkataan kiasan, sindiran atau peribahasa. Sebalinya mereka memahami makna yang terdapat dalam satu satu ujaran percakapan sahaja (terlalu lurus/konkrit). Sebagai contoh, sekiranya anda mengajar konse warna dengan menunjukkan warna2 pen berbeza, jangan mengatakan "Ini biru" malah lebih baik menggunakan "Ini pen biru". Elakkan juga daripada menanyakan soalan semasa ingin memberikan arahan. Seperti "Ok, kita boleh mula sekarang?" Ini menyebabkan arahan yang ingin disampaikan boleh menjadi satu pertanyaan dan kanak - kanak boleh mengatakan "Tidak". Dalam konteks ini, pertuturan ini adalah diterima dan menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa diberhentikan.


6. Gunakan jadual dan kaedah tertentu utk meramal situasi yang akan datang @ perubahan suasana pada persekitaran kanak2 Autisme.

Kanak - kanak Autisme tidak dapat menerima sebarang perubahan dalam perkara rutin harian mereka. Ini kerana kanak - kanak ini tidak berkebolehan unutk memahami dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kiu - kiu sekelililngnya yang menandakan perubahan akan berlaku. Kebanyakkan mereka kan memberi tumpuan kepada sebahagian kecil situasi daripada keseluruhan situasi.

Sebagai contoh, kebanyakkan kita akan memerhatikan keseluruhan keadaan bilik darjah dan dapat melihat sebahagian pelajar bersedia untuk pulang. Kelihatan buku disimpan, kerusi dimasukkan, mendengar guru mengucapkan "selamat pulang". Tetapi murid Autisme tidak dapat memahami keseluruhan ini dan hanya memberi tumpuan pada aktiviti yang dia perlu siapkan. Kanak - kanak Autisme perlu mengetahui akiviti pertama, kedua dan terakhir. Kanak - kanak seperti ini perlu diperingatkan keadaan bila aktiviti akan berubah (contoh, "selepas 5 minit tiba masanya untuk jigsaw puzzle disiman.") dan keadaan bila aktiviti bermula (contoh, apabila lego ni siap, tiba masanya untuk lakukan kira - kira ). Mereka juga perlu diberitahu mengenai perkara yang berkemungkinan atau mengejutkan akan berlaku ( Contoh, Ikran, dalam 5 minit lagi lonceng akan berbunyi. Bunyinya sangat kuat!").

7. Jangan meniggikan suara, merampas, menggertak dengan tiba - tiba.

Meninggikan suara untuk menjadikan satu orang patuh adalah perkara biasa. Namun, kebanyakkan kanak - kanak Autisme adalah sensitif bunyi. Mereka akan mengabaikan permintaan anda. Dan apabila kita tinggikan suara pada mereka, kita juga harus memberikan arahan 4 hinggah 5 kali. Sekiranya begini, kita telah mengajar mereka bahawa percakapan suara tinggi sahaja yang bermakna. Maka mereka hanya patuh apabila kita tinngikan suara kepada mereka.

Untuk mengatasi masalah ini, minta kanak - kanak tersebut melakukan sesuatu satu atau dua kali sahaja. Sekiranya tiada respon, beri bantuan yang sepatutnya. Sebagai contoh, sekiranya anda telah beri arahan sebanyak 2 kali meminta kanak - kanak in duduk dan dia masih lagi berdiri, pegang kedua - dua bahunya sambil mendudukkanya atas kerusi. Sekali kanak - kanak ini duduk katakan padanya "Bagus, duduk". Kanak - kanak Autisme belajar melalui ini.

8. Jangan menerima tingkah - laku yang tidak sepatutnya dalam melepaskan diri melakukan tugasan.

Sekiranya anda memberi arahan kepada kanak - kanak tersebut dan mereka marah, menangis, menjerit, tidak memperdulikan anda, berlalri keluar atau tidak mahu melakukan arahan itu, anda perlu meneruskannya bagi memastikan arahan tadi dilakukan. Tunggu sehinggah ia tenang dan pastikan tugasan tersebut dilakukan.
Berikan kata - kata peneguhan yang boleh meningkatkan kembali keupayaannya melakukan kerja. Seperti, "saya tahu awak tidak suka nak buat tapi kalau siap nanti boleh main kereta mainan ni (atau benda/perkara lain yang disukainya)". Tingkah laku ini adalah paling sukar dikawal tetapi apabila anda dapat melakukannya maka tingkah laku tidak baik ini akan dapat dihapuskan sutu hari nanti walaupun memakan masa.

9. Jangan membenarkan terikat dengan rutin atau perkara yang telah ditetapkan.

Seperti yang dimaklumi, kanak - kanak Autisme tidak suka kepada perubahan dalam rutinnya. Oleh itu, memberhentikan kanak - kanak ini daripada rutinnya akan membuatkan dia marah dan melakukan tingkah laku tidak sepatutnya. Bagaimanapun membiarkan membenarkan mereka melakukan rutinnya selepas tingkah laku tersebut boleh menyebabkan mereka mempelajari tingkah laku ini diterima dalam situasi ini. Dan perkara ini adalah sesuatu yang tidak baik. Teruskan memberhentikan rutinnya. Tingkah laku tidak baik akan berkurangan. Bersabar dan abaikan tingkah laku tersebut sekurang - kurangnya 3 minggu.

10. Kukuhkan, teguhkan dan wujudkan suasana "pembelajaran berprotokol".

Harus ingat bahawan individu Autisma menghadai masalah dalam menentukan sesuatu yang penting. Selalunya mereka memberi tumpuan kepada sesuatu yang tidak sepatutnya dalam pertuturan atau perbuatan kita atau benda yang menarik minatnya dari segi perbuatan dan sensorinya.
Dalam mengajar kanak-kanak Autisme secara efektif, kita harus mendapatkan perhatiaannya. Ini bermakna mereka perlu berada pada satu sudut dalam bilik, duduk dengan baik, dan lihat pada muka anda (eye contact). Tangan mereka juga tidak menepok - nepok meja, melambai - lambai, menggosok - gosok badan atau bermain dengan sesuatu. Tangan mereka adalah bersedia unutk melakukan sebarang aktiviti. Inilah yang dinamakan "pembelajaran protokol".

PEMBELAJARAN BERPROTOKOL

1. Beri Arahan: "duduk atas kerusi". Jika masih berdiri, bantu mereka untuk duduk dan pujinya "bagus duduk'.
2. Beri Arahan : "Tangan atas meja". Sekiranya kanak2 tersebut masih tidak melakukannya, bantu mereka dengan meletakkan tangannya di ataseja dan beri pujian "bagus tangan di sini" atau "bagus, ikut arahan".
3. Beri Arahan : "Lihat muka saya". Sekiranya kanak - kanak tersebut tidak melihat muka anda, tunggu respon atau beri mereka masa dan apabila mereka melihat mata anda dan hanya beberapa saat, beri pujian "Bagus lihat saya" dan berikan sedikit ganjaran. Atau boleh memegang barang/makanan yang diingininya berhampiran dengan mata anda untuk menggalakkan kontak mata.
Pastikan anda memperolehi ketiga - tiga perkara tersebut sebelum memberikan arahan, aktiviti atau memberi ganjaran. Ini memberi peluang kepada kanak - kanak tersebut unutk bersedia mempelajari sesuatu.



Pembelajaran Aktiviti Seumur Hidup



PENGENALAN

Pembelajaran ialah suatu aktiviti seumur hidup. Pembelaran berlaku secara sedar dalam keadaan formal dan secara tidak langsung melalui pengalaman. Pembelajaran meliputi pelbagai kemahiran, iaitu daripada pengetahuan mengenai fakta-fakta mudah kepada kemahiran dalam prosedur yang kompleks. Adakalanya pembelajaran itu berlaku dengan mudah manakala ada pula memerlukan usaha yang lebih. Ini merupakan sebahagian daripada perkara yang kita tahu mengenai pembelajaran. Namun pembelajaran merupakan suatu proses yang kompleks. Hasil pembelajaran dalam prestasi manusia biasanya dapat diperhatikan tetapi proses pembelajaran adalah kurang nyata atau jelas.

Oleh itu, pelbagai jenis teori telah dikembangkan untuk menerangkan proses pembelajaran. Teori-teori ini meliputi perspektif, andaian dan kepercayaan yang berlainan tentang pembelajaran.

BAHAGIAN A : KONSEP PEMBELAJARAN

Definisi Pembelajaran

Pembelajaran boleh difahami sebagai satu proses yang menghasilkan perubahan tingkahlaku seseorang individu, iaitu sebagai satu reaksi terhadap satu-satu keadaan yang dihadapi. Perubahan tingkah laku ini bukanlah disebabkan oleh kematangan atau faktor biologi.

Pembelajaran juga membawa maksud satu proses memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Dengan pemerolehan perkara-perkara baru, tingkah laku seseorang individu itu juga akan turut berubah.

Proses Pembelajaran

Psikologi pembelajaran merupakan satu bidang sains yang masih baru, dan ahli-ahli psikologi tidak mula membuat kajian fenomena pembelajaran sehingga kira-kira 100 tahun dahulu. Semenjak itu, berbagai huraian tentang proses pembelajaran telah muncul.

a) Pembelajaran Sebagai Pemprosesan Maklumat

Psikologi kognitif memberi fokus kepada bagaimana manusia berfikir dan memproses maklumat yang diterima secara mental; dengan itu ia dirujuk sebagai teori pemprosesan maklumat.

Manusia mempelajari maklumat baru dengan mudah apabila mereka boleh mengaitkannya dengan sesuatu yang sudah mereka ketahui. Di samping itu, manusia mempelajari maklumat-maklumat baru dengan mudah jika mereka boleh mengaitkannya dengan struktur organisasi yang lebih umum (Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias: 116).

b) Pembelajaran sebagai hasil pengalaman

Pembelajaran adalah hasil dari pengetahuan. Pengalaman sekolah pelajar terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Contohnya, memberi perhatian terhadap pengajaran guru dalam kelas, mendapat pujian kerana melaksanakan tugas dengan baik, melihat rakan-rakan bermain di padang sekolah. Sebagai guru, kita perlu membentuk pengalaman bilik darjah yang boleh memaksimumkan pembelajaran kemahiran dan matlamat untuk menjadikan pelajar anggota masyarakat yang produktif. Kita juga perlu menguasai supaya situasi yang menimbulkan tingkah laku yang tidak produktif atau kepercayaan yang tidak betul, dikurangkan.

Proses Pembelajaran

Psikologi pembelajaran merupakan satu bidang sains yang masih baru, dan ahli-ahli psikologi tidak mula membuat kajian fenomena pembelajaran sehingga kira-kira 100 tahun dahulu. Semenjak itu, berbagai huraian tentang proses pembelajaran telah muncul.

a) Pembelajaran Sebagai Pemprosesan Maklumat

Psikologi kognitif memberi fokus kepada bagaimana manusia berfikir dan memproses maklumat yang diterima secara mental; dengan itu ia dirujuk sebagai teori pemprosesan maklumat.

Manusia mempelajari maklumat baru dengan mudah apabila mereka boleh mengaitkannya dengan sesuatu yang sudah mereka ketahui. Di samping itu, manusia mempelajari maklumat-maklumat baru dengan mudah jika mereka boleh mengaitkannya dengan struktur organisasi yang lebih umum (Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias: 116).

b) Pembelajaran sebagai hasil pengalaman

Pembelajaran adalah hasil dari pengetahuan. Pengalaman sekolah pelajar terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Contohnya, memberi perhatian terhadap pengajaran guru dalam kelas, mendapat pujian kerana melaksanakan tugas dengan baik, melihat rakan-rakan bermain di padang sekolah. Sebagai guru, kita perlu membentuk pengalaman bilik darjah yang boleh memaksimumkan pembelajaran kemahiran dan matlamat untuk menjadikan pelajar anggota masyarakat yang produktif. Kita juga perlu menguasai supaya situasi yang menimbulkan tingkah laku yang tidak produktif atau kepercayaan yang tidak betul, dikurangkan.
Prinsip-prinsip Pembelajaran

Prinsip-prinsip pembelajaran sebenarnya merujuk kepada dasar-dasar yang menerangkan cara pembelajaran boleh berlaku secara berkesan. Berikut ialah antara prinsip-prinsip tersebut :

1) Kesediaan belajar

Apabila seseorang murid telah bersedia dari segi mental untuk mempelajari sesuatu, pembelajaran akan berlaku dengan cepat. Bagi mmenjamin pembelajaran yang berkesan, seseorang murid hendaklah mencapai kesediaan kognitif (mental), kesediaan afektif (sikap dan minat) dan kesediaan psikomotor (koordinasi otot-otot dengan otak).

2) Pengalaman

Sejajar dengan prinsip ‘belajar melalui membuat’, murid-murid hendaklah digalakkan untuk menggunakan seberapa banyak organ derianya seperti mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa. Setelah mengalami sesuatu, hasil pembelajaran adalah lebih kekal dalam ingatan.

3) Keseronokan

Sekiranya murid bersara seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang dialami akan lebih mudah diingati. Apabila seseorang guru memberi pujian atau hadiah kepada murid-murid kerana hasil yang baik, pembelajaran efektif akan berlaku. Murid-murid akan terus berusaha untuk memperolehi hasil pembelajaran yang sama.



4) Motivasi

Apabila seseorang terdorong untuk mempelajari sesuatu, pembelajaran itu adalah lebih berkesan. Dia akan mendengar serta memerhatikan tunjuk ajar itu dengan lebih teliti lagi.

5) Pengulangan

Sesuatu pengetahuan atau kemahiran, setelah dipelajari hendaklah diulang-ulang bagi menjamin kekekalan pembelajaran. Dengan itu, konsep-konsep yang dipelajari haruslah diulang kaji dari semasa ke semasa.

6) Peneguhan

Peneguhan memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Keberkesanan pembelajaran akan meningkat sekiranya ia diteguhkan. Guru boleh menggunakan pujian atau ganjaran untuk meneguhkan tingkah laku yang diingini.

BAHAGIAN B : TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASINYA KE ATAS TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Teori ini dikenali umum dengan aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Menurut ahli-ahli psikologi behavioris, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri sesorang individu yang disebabkan oleh pengalamannya. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap individu sejak dilahirkan.

Antara tokoh-tokoh behavioris yang terkemuka ialah ahli psikologi pelaziman klasik Ivan Pavlov dan ahli pelaziman operan yang terdiri daripada E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Menurut Pavlov (1894), setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Perkaitan antara ransangan dan gerakbalas akan mewujudkan proses pembelajaran. Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov, terdapat beberapa konsep yang diambil kira iaitu:-

a) Penguasaan

Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.
b) Generalisasi

Generalisasi bermaksud ransangan yang sama akan menghasilkan tindakbalas yang sama. Misalnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam Kimia telah digeneralisasikan ke dalam Biologi.

c) Diskriminasi

Berlaku apabila individu bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain.

d) Penghapusan

Penghapusan berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak disertai dengan ransangan tidak terlazim.

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Terapi Air/Terapi Berenang



Berenang... apakah kelebihan aktiviti renang kepada kanak - kanak khas terutamanya kanak - kanak autisma? Dan saya pernah ditanyakan dengan soalan "Apa kelebihan / guna aktiviti renang tu untuk murid pendidikan khas?" dan saya hanya mampu menjawab " penting untuk self confident murid".

Namun keperluan / kepentingan aktivti renang ini bukan setakat itu sahaja. Banyak yang perlu kita tahu terutamanya guru-guru untuk kita lebih aktif mengadakan rekreasi sambil belajar ini dan juga perlu ibubapa tahu untuk mereka faham kenapa dan mengapa mereka perlu memberi sokongan terhadap aktiviti yg dianjurkan sekolah. 


Berenang?
Kenapa  aktiviti / terapi / rekreasi renang ini perlu juga kepada kanak - kanak khas amnya dan kanak-kanak Autisma khasnya? Aktiviti berenang melibatkan pergerakkan otot atas dan bawah anggota badan. Aktiviti air boleh membantu memberi input terhadap proprioceptive (kecepatan mahupun kemampuan menerima ransangan) dan tactile (berkaitan dengan deria sentuhan) kanak-kanak autisma.    


Aktiviti berenang boleh membantu dalam perkembangan koordinasai otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan kanak-kanak. Ini kerana melalui aktiviti berenang, kanak-kanak Autisma  perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan bergerakkan dalam air. 

Melalui aktiviti ini juga ia boleh membantu dalam meningkatkan sistem kognitif. Di mana dengan berenang, kanak-kanak perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa. Contohnya, kita perlu menggerakkan tangan dan kaki kita untuk membolehkan kita bergerak atau berjalan di atas air. Dengan latihan renang yang berterusan, kanak-kanak berupaya meselarikan keseimbangan gerakkan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadan "stabil". 

Aktiviti renang juga membantu dalam relaksasi diri. Air dikatakan merupakan salah satu bahan terapi yang baik untuk relaksasi atau ketenangan emosi/diri seseorang. Kaedah ini mungkin dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran pengawalan emosi kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang tidak suka air, aktiviti renang boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Aktiviti/latihan boleh dilakukan di atas "daratan" sebelum secara perlahan-lahan kanak-kanak itu dibawa ke dalam air. 

Melalui aktiviti berenang juga dikatakan mampu membina yakin diri kanak-kanak. Memberi peluang kanak-kanak khas ini melakukan seperti mana rakan mereka yang lain sebenarnya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, inilah peluang mereka untuk mengenal dunia luar dan mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka samada sesama rakan, guru mahupun dengan orang sekitar kolam renang. Kalaupun kanak-kanak ini belum mampu berinteraksi dengan orang lain, sekurang-kurangnya mereka memahami arahan/instruksi visual yang disampaikan oleh instruktor. 


Pada keseluruhannya, berenang bukanlah rekreasi semata-mata. berenang juga merupakan satu aktiviti luar bilik darjah yang boleh membantu dalam perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus, kemahiran sosialisasi dan juga membantu dalam pembinaan yakin diri kanak-kanak amnya dan kanak-kanak khas khususnya.  Bagaimanapun ia harus dilakukan dengan kaedah yang betul dan berterusan dan yang penting KERJASAMA diantara pihak PENTADBIRAN SEKOLAH, IBUBAPA, GURU DAN JUGA PIHAK TERTENTU seperti pusat akuatik, resort dan seumpamanya

Thursday, December 8, 2011

kemahiran Motor Halus

 Antara ciri – ciri general yang kita boleh perhatikan dikalangan kanak – kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak tersebut belum boleh memasang butang baju, memasang tali kasut dan yang boleh menggangu pembelajarannya ialah ketidakupayaannya memegang pensel dengan baik menulis / mewarna dengan betul.

Apa yang dikatakan kemahiran motor halus?
Kemahiran motor halus adalah koordinasi gerakan otot kecil yang berlaku, contohnya jari kita iasanya berkoordinasi dengan mata.
Kemampuan / kemahiran yang melibatkan penggunaan tangan berkembang dari masa ke semasa. Untuk kanak – kanak normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka berkembang sesuai dengan usia mereka.   Normalnya, perkembangan motor halus – koordinasi tangan dan mata bermula dengan gerakan primitif seperti mengambil sesuatu dengan tepat. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot halus – otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari.
 Pembangunan kemahiran ini membolehkan seseorang untuk dapat menyelesaikan tugas seperti menulis, menggambar, dan mengancingkan.
Ketika anak memasuki usia  pertengahan, dia membuat kemajuan besar dalam kemampuan artistik mereka. Mereka mula untuk mengekspresikan diri melalui gambar, mengukir, dan modeling tanah liat

Kemahiran Urus Diri
Secara normalnya, anak – anak mampu memperbaiki kemampuan motorik mereka, mereka mampu membantu diri sendiri dengan menyelesaikan kegiatan seharian tanpa bantuan orang lain / dewasa. Contohnya, kanak – kanak pada usia 2 dan 3 tahun mampu membuka dan memakai pakaiannya sendiri. Kanak – kanak pada usia ini juga boleh memanipulasi  pakaian dengan menzip, menggunakan garpu sudu, memasukkan tali ke lubang (lubang besar) manik-manik dan membuka pintu.
Ketika anak-anak berusia antara 3 dan 4, mereka boleh memanipulasikan pakaian dengan kekunci yang lebih besar, menggunakan gunting untuk memotong kertas, dan mampu menyalin bentuk berjajar sederhana dengan menggunakan pensil. Pada 4 hingga 5 tahun, anak mampu berpakaian dan membuka pakaian sendiri tanpa bantuan. Dan pada usia 6, seorang anakmampu memotong makanan lembik dengan pisau dan mampu mengikat tali kasut sendiri.
Sebaliknya bagi anak – anak khas adalah sebaliknya umpamanya kanak-kanak Down Syndrom yang belum boleh lagi memakai seluar tanpa bantuan orang lain pada usia 5/6 tahun.

Kemahiran Menulis
Hal ini penting untuk memahami perkembangan kemahiran motor halus anak-anak untuk memahami alasan disebalik mengapa mereka menyelesaikan tugas-tugas tertentu dengan cara tertentu. Sebagai contoh, kita memberikan lembaran kerja kepada anak – anak, dan didapati hasilnya tidak seperti yang sepatutnya seperti ada tulisan yang besar, “cacat”  dan tidak menampakkan apa yang ditulisnya. Jika perkara tersebut terjadi, maka perhatian perlu dilakukan terhadap masalah pengendalian pensil anak. perkembangan kemahiran menulis ini perlu diambil perhatian memandangkan dengan memperbaiki kemampuan motorik mereka, mereka juga mampu berkomunikasi dengan ekspresi yang ditulisnya. perkara ini dimulai dengan menconteng secara bebas dan ke kemahiran meniru dan seterusnya menyalin semula dan akhirnya menulis dengan baik.
Bagaimanapun, perkembangan kemahiran motor halus ini tidak berlaku pada semua kanak – kanak sesuai dengan usia mereka. Ada juga kanak – kanak yang memerlukan bantuan untuk satu tempoh masa bagi mengembangkan kemahiran motor halus mereka. pendekatan lain perlu diberikan kepada anak ini. Terapis kerja adalah pakar dalam bidang motorik halus dan pembangunan tulisan tangan.

 

 

 


Activities for Autistic Children

Activities can be used as a bridge between a child with autism and his environment. They increase social skills and strengthen the bond between the child and his caretakers, therapist and peers. They promote learning by using functional language and concentration, helping to develop these skills to be used in other situations. Since children with autism have certain limitations, they may not benefit from all types of activities, which is why it is good to have a variety of ideas to try out on your child



Fun Activities for Children with Autism

Many activities for children with autism are identical to activities for typical children. With a little thought, you can create engaging sessions that look and feel like playtime.

Sensory Activities

Many activities engage the senses to help your chilld oversome stimulatory deficits.
  • I Spy - This activity helps your child focus on a description or follow a point to find an object. Describe the object in as much detail as you can, then have your child point to it in the room. For children with more severe processing issues, you can describe one of two objects and have the child choose the correct one.
  • Box O' Beans - Fill a large plastic tub with sensory beads or dried beans from the grocery store. Place small toys throughout and have your child place her hands in the box to pull out desired objects. This will help your child with texture and touch issues.
  • Guessing Game - Have your child close his eyes and hand him a simple object or toy, like a block or a cup. Tell him to feel the object and have him describe it to you (if he is verbal). If your child is non-verbal, have him show you a picture of the object after he opens his eyes. This game helps children use senses other than vision to learn about the world around them.
  • Scented bubbles - Work on oral motor skills while engaging visual, tactile and olfactory senses

Songs and Poems

Children often like the singsong nature of poems or the repetition of verses in a song. You can make up songs to teach children how to dress or feed themselves, or use a favorite song as a reward after a child does a less desirable (but necessary) activity. You can also incorporate physical activities into songs, like jumping, skipping or hopping. Some excellent song choices are:
  • Itsy Bitsy Spider
  • Red Light, Green Light
  • Clean Up Song
  • Are You Sleeping?

Art Activities

Art is a wonderful way for autistic children to express how they feel, especially those that are no-verbal. The following activities can help children learn concepts and express emotions, as well as deal with certain sensory issues.
  • Finger Painting - Messy but fun, finger painting can help children learn about colors and provide an opportunity to discover new textures through touch.
  • Draw My Face - Have your child draw a large circle on a piece of paper. You can demonstrate a variety of emotions through your facial expressions. Have your child draw the face you are making and assist her in labeling the emotions, like happy, sad or angry.

Movement Activities

Physical activity enhances coordination, expels pent up energy, while being educational and teaching social skills.
  • Dance Party - Put on your favorite music and have an impromptu dance party. This is a great way for children to learn about rhythm, counting and develop physical coordination.
  • Puppet Show - Make sock puppets or use your child's dolls and come up with a fun theme to act out. By having a puppet show, you can teach emotions and social skills through role play. This is a great activity to do before a major life event such as moving or starting school. It helps children understand how situations play out before they happen so they know what to expect.

Autistic children need challenging but fun activities they can participate on a daily basis. Should they be expected to participate in all of the activities that other children engage in? Of course not, but there are numerous activities for autistic children to enjoy. Before you expect your autistic child or student to jump right into the latest activity, consider the following:
  • Participants - Who else is participating in this activity? Is it the whole class, one or two students, or is this an individual activity? If you expect several students to perform the activity together, choose the group members wisely. Look for children that will be especially helpful to the autistic child. Be sure to monitor all of the participants, and be on the lookout for children who might try to ridicule the child with autism.
  • Activity level - What type of activity will the child be participating in? Will the child need to have good coordination skills? Will it put him at a continuous disadvantage next to the other children? Does it require skills that he doesn't have or hasn't had the opportunity or time to learn?
  • Potential problems - Are there any potential problems that might occur with the activity? For example, will the noise level be increased? Excessive noise can often be troublesome for children with autism. While the activity might be organized, will the intensity of it be a disturbance for the child, causing him a high level of stress? Is physical contact a necessary factor of the game? If so, this might also present a problem as some autistic people tend to shy away from or become extremely disturbed by prolonged physical contact.
  • Address specific goals - Consider toys and games that are specifically designed to engage kids on the autism spectrum because they can address specific goals. For example, help children recognize emotions through picture books, online games and plush toys.

Engaging the Autistic Child

Activities for autistic children should be fun and engaging, but if they become a source of frustration, the benefits of the action may be lost. Autistic children may not know exactly what their interests and favorite activities might be, so it is up to the parent to introduce them to several areas of interest.
Once your child discovers a new hobby, he probably won't be shy about letting you know what he wants to do. Encourage him as much as possible, and let him participate with others when possible. This is an excellent way to encourage him to work on a particular skill or activity while honing his social skills

Saturday, November 19, 2011

VAKT ( Visual, Audio, Kinestatik, Tektil)

Salam !

Jom kita berkongsi ilmu pendidikan ye wahai kawan kawan sekalian.

Kaedah membaca pelbagai deria, VAKT bermaksud 
V = Visual (penglihatan) ,
 A = Audio (pendengaran) , 
K = Kinestetik (pergerakan) ,
 T = Tektil (sentuhan).

Kaedah pengajaran ni selalunya digunakan ke atas kanak kanak berkeperluan khas. Kaedah ni kalau korang guna pakai kat budak budak normal pun diorang mesti suka punya. 
Contohnya mengajar Bahasa Inggeris kelas khas yang paling hujung sekali.  Budak budak tu dah la hyperactive, autisme, mental retard, korang ingat pengajaran akademik semata ni diorang leh telan ke ? Kalau setakat kaedah chalk and talk...memang takde maknenye, memang tak berkesan.






Kaedah VAKT menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan(kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Kaedah VAKT menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :
i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul. Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT(Multisensory Reading Method)Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

V - visual (penglihatan) A – audio (pendengaran) K - kinesthetic ( pergerakan ) T - tactile ( sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiriatas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan  pembelajaran.   
Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:-
 kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuatdaripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari,huruf timbul yang besar dan lain-lain
- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;
v. lihat huruf (V)
vi. dengar guru sebut huruf (A)
vii. menyebut huruf (A)
viii. dengar huruf yang disebut (A)
ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

AMALI KAEDAH VAKT
Latih tubi

Latihan latih tubi merupakan kaedah instructional yang berkesan sekiranya guru dapat menggunakannya dengan betul dan sesuai dengan perancangan pengajaran mereka,iaitu:
- Latih tubi diberikan dalam masa singkat iaitu di antara 10 hingga 15 minit sahaja.
- Jumlah dan jenis latih tubi itu hendaklah bersesuaian dengan peruntukan masa dantahap kebolehan pelajar.
- Galakkan pelajar-pelajar merekodkan kemajuan yang diperoleh melalui setiap aktiviti dalam latih tubi itu.
- Galakkan penggunaan latih tubi yang berbentuk permainan atau menguji kecekapansupaya menarik minat dan tidak membosankan.
- Pastikan pelajar faham mengapa mereka perlu menguasai sesuatu konsep ataukemahiran dan ianya dapat dipermudahkan melalui latih tubi yang diberikan oleh guru.

Elakkan latih tubi yang berbentuk:
- Membosankan dan kurang menarik
- Terlalu lama dan banyak fakta yang terkandung di dalamnya
- Sesuatu yang mendatangkan kesan negatif kepada pelajar seperti merasa tertekan,tidak selesa atau kurang berminat mengikuti latihan tersebut.

AMALI KAEDAH LATIH TUBI
Aktiviti latih tubi 1

A) ARAHAN :
Mengeja suku kata KV
1.ba       2. ta       3. ma     4. da      5. ca       6. be      7. te       8. me     9. de      10. ce

B) ARAHAN :
Mengeja suku kata KV+KV
1. bola   2. kaki   3. mata 4. satu 5. beca  6. buku 7. lori    8. roda  9. raga 10. koma

C) ARAHAN :
Mengeja suku kata KV + KVK + KVK, KVK + KV + KV
1. menyanyi       2. menari            3. melompat      4. membaca      5. menulis           6. membeli 7.basikal       8. selamat           9. pembaris             10. Pemadam 

Wednesday, November 9, 2011

Menjaga Kebersihan Diri

Bagaimana menjaga kebersihan diri.


Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A.         Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segeradapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).
B.         Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah
  1. Amalkan adab batuk yang baik
    Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  1. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
    Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
    • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
    • Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
  1. Jangan kongsi peralatan peribadi
    Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  1. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
    • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
    • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
    • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
    • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C.         Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
  • Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri.  Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
    1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
    2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
    3. Sakit dada berterusan
    4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
    5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
    6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
    7. Rasa pening apabila berdiri
    8. Kurang kencing

 CARA MENJAGA KEBERSIHAN DENGAN MENCUCI TANGAN

Saturday, November 5, 2011

Memasak SALAD UBI KENTANG DAN BUAH-BUAHAN



Bahan-bahan:
4 biji Ubi kentang
2 biji buah epal merah
2 biji buah epal hijau
Sedikit buah Kismis
2 sudu besar Mayonese



Cara Memasak, langkah demi langkah

Langkah 1
Basuh kulit kentang sehingga bersih.Kupas kulit kentang


Langkah 2
Potong dadu ubi kentang


Langkah 3
 Masukkan ke dalam periuk yang berisi air didih untuk direbus. Tutup periuk.


Langkah 4
Sementara menunggu ubi kentang empuk, potong dadu buah epal.


Langkah 5
Setelah ubi kentang empuk, angkat dan toskan.  Masukkan ke dalam bekas.


Langkah 6
 Masukkan ubi kentang rebus, dan buah epal yang telah dipotong dadu ke
 dalam mangkuk adunan.





 Langkah 7
Masukkan mayonese dan gaul rata kesemua bahan




Langkah 8
 Taburkan sedikit kismis



Langkah 9
Hidangan Salad Ubi Kentang & Buah-buahan


SELEPAS ITU, murid diberi senarai semak...

Senarai Semak
 SALAD UBI KENTANG DAN BUAH-BUAHAN.


NAMA: ……………………………………….                               TARIKH: ………….

LANGKAH AKTIVITI ANSUR MAJU

A.  Sediakan bahan-bahan

4 biji Ubi kentang
2 biji buah epal merah
2 biji buah epal hijau
Sedikit buah Kismis
2 sudu besar Mayonese


B.  Sediakan peralatan
Pisau pengupas ubi atau pisau dapur
Landas cincang
Periuk
Mangkuk adunan
Senduk atau sudu besar
Pinggan atau mangkuk hidang
Sudu atau garfu

C.  Cara-cara memasak

1. Basuh ubi kentang sehingga bersih
2. Kupas kulit ubi kentang dan potong dadu
3.  Masukkan kedalam periuk yang berisi air untuk direbus.
Tutup periuk
4.  Sementara menunggu ubi kentang empuk, potong dadu buah epal.
5. Setelah ubi kentang empuk angkat dan toskan, kemudian masukkan ke dalam mangkuk
6. Masukkan ubi kentang rebus, dan buah epal yang telah dipotong dadu ke dalam mangkuk adunan
7. Masukkan mayonese .
8. Gaul kesemua bahan tadi sehingga rata menggunakan sudu atau senduk.
9. Angkat dan masukkan ke dalam piring hidang dan taburkan sedikit kismis
10. Hidangkan salad ubi kentang dan buah-buahan.

Selepas itu murid di ajar dan murid diminta melakukan dengan sendiri dengan pemerhatian dan tunjukajar guru

Popular Posts